Sunday, 29 December 2013

Hari keluarga kami

berehat seketika sementara menunggu nak check-in.


kami adik beradik


ikan pun sudah di daratan, kami pula sibuk nak masuk dalam lautan??



Cerita dua bulan lepas..

Tidak sempat badan ini ingin mendapatkan sedikit rehat setelah menempuh perjalanan selama 6 jam di dalam tren, sebuah lagi perjalanan yang lain telah terencana. Dek kerana keterujaan melepasi tahap kepenatan, kuat sahaja kaki ini mengorak langkah. Bergegas hendak bersiap sedia untuk keluar bersama-sama keluarga. Destinasi kami, Sedili. Bak kata pepatah, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Kami pun, alang-alang sudah keluar berjalan-jalan, takkan hendak menuju ke sebuah dentinasi sahaja. Setelah bermalam di Mutiara Motor Resort, kami menuju ke Desaru pula. Alhamdulilah, dalam menghayati keindahan alam ciptaanNya, ketenangan juga menyelimuti jiwa. Inilah yang dikatakan dari mata turun ke hati. Bukan hendak buat promosi tentang keindahan pantai yang berada di Malaysia, cuma memang itu hakikatnya. Tidak rugi jika pergi, sebab setelah sampai, memang rasa berbaloi-baloi dengan penat yang di alami. Apa salahnya menghitamkan wajah sekali sekala. Kan?

Friday, 27 December 2013

Tidak semudah lafaz itu..


"AKU TERIMA NIKAHNYA.... DENGAN MAS KAWIN...TUNAI!"

Segemuruh mana perasaan bakal pengantin lelaki semasa tok kadi menggoncang tangannya, lidah masih lagi mampu untuk mengucapkan lafaz akad itu. Namun sedarkah kita bahawa menjalani bahtera bersama pasangan kita itu, tidak semudah dan tidak sentiasa indah?? Sudah bersediakah kita untuk menggalas TANGGUNGJAWAB? Jangan bimbang dan gusar jika saat ini, kita masih belum dimiliki oleh pasangan kita, KERANA ketahuilah, ANDA MILIK ALLAH, juga MILIK IBU DAN BAPA..

P/S: Kalau jodoh, tak ke mana.. Usaha + doa + tawakal jangan lupa!

Bila lidah berbicara...

Jangan ambil hati tentang apa yang saya UCAPKAN,
tetapi,
AMBIL BERAT tentang perkara yang saya katakan.
Sesuatu yang kita ungkapkan, kadangkala amat ringkas. Namun, akan menjadi cukup bermakna jika benar-benar difahami.

tika merentas perjalanan...

Perjalanan hidup ini bukan sekadar berkisar tentang kita berjaya sampai ke destinasi kita,
tetapi bagaimana kita berusaha tanpa kenal putus asa untuk berjaya..
bagaimana kita bangkit semula setelah badai menimpa dgn teruknya..
bagaimana kita menangkis halangan yang tiba tanpa diduga...


Semasa madah kata bermain di minda, muncul wajah seorang tutor yang banyak mengajar diri ini memperhalusi erti sebenar tentang sesuatu perkara yang berlaku. In Sya ALLAH, diri ini ingin menjejaki langkah sepertinya. Tiap bait kata yang meluncur dari lidahnya, mendatangkan 1001 manfaat yang tersirat.



Di dalam genggaman,
ada beribu impian,
yang sentiasa meminta untuk direalisasikan,
untuk itu bergunung kesabaran diperlukan,
dalam meredah berjuta halangan..


Bukan sebuah kehidupan yang realiti andai kita tidak berdepan dengan halangan yang begitu mencabar. Adakalanya, tiba suatu saat, sehingga kita terasa ingin rebah dan menyerah. Jika saat itu tiba, ingatlah bahawa ALLAH telah meletakkan kepercayaan yang penuh terhadap diri kita. Sekiranya ALLAH yakin kita mampu untuk mengharunginya, mengapa kita tidak percaya bahawa diri kita mampu utnuk melepasi ujian yang mendatang???

Duhai kaki, kuatlah untuk melangkah..
Wahai hati, belajarlah terus tabah......