Hari ini tiba-tiba terdetik ingin berkongsi mengenai sebuah pengalaman yang dialami pada 5 hari yang lepas. Semester ini, kami, ditugaskan untuk membuat kajian mengenai pengetahuan orang awam mengenai dadah.
Destinasi yang dicadangkan ialah Kuala Lumpur. Kawasan yang lebih
terperinci, em biarlah rahsia. Sejenak, otak mula ligat berfikir.
Siapakah yang aku akan jadikan responden yang pertama. Nah, itu dia!
Mataku tertancap pada seorang wanita yang sedang menunggu bas. Oleh
sebab jantina kami sama, aku lebih berani untuk menjadikannya sampel
pertama. Ya, percubaan pertamaku gagal. Mungkin kerana aku tidak
memperkenalkan diriku dengan terperinci terlebih dahulu. Jadi, apa yang aku dapat hanyalah gelenggan darinya. Apabila tahu di mana silapnya, aku cuba memperbaiki kesilapan tersebut. Sasaran aku yang kedua adalah daripada golongan wanita juga. Kelihatan seperti tidak berbuat apa-apa, sekadar duduk bersahaja. Aku mendekatinya. Respond yang diberikan lebih baik berbanding wanita yang sebelum ini. Ya, aku berjaya membuatkannya ingin menjawab borang soal selidik tentang dadah. Walau bagaimanapun, kegembiraanku bertukar menjadi sedih, tatkala wanita itu mengatakan bahawa pemilik kedai tempat dia bekerja telah membuka kedai, jadi dia perlu mula bekerja. Borang soal selidik kini bertukar tangan dan kembali semula ke tanganku. Ya, tidak mengapa, sekurang-kurangnya dia telah berniat ingin membantu kajian kami tetapi tidak jadi kerana kekangan masa kerana dia perlu bekerja.
Dugaan demi dugaan, kegagalan demi kegagalan aku hadapi. Di tambah dengan kepenatan kerana berjalan dan perut yang lapar, sedikit sebanyak mengganggu emosiku. Untung saja ada rakan yang mengingatkan tentang erti kesabaran. Memang benar, manusia itu punyai pelbagai karenah. Jika tiada bekalan kesabaran, pasti sahaja akan putus asa. Manusia kini, galak mengejar dunia sehingga mereka lupa mereka mempunyai tanggungjawab yang lain bukan sahaja kepada sesama manusia, tetapi kepada Sang Pencipta.
Niat kami, ingin membantu masyarakat membuka minda dan mengambil berat tentang isu dadah. Maka, kami mengedarkan pamplet untuk dijadikan sebagai bahan bacaan sewaktu mereka duduk bersahaja tanpa membuat apa-apa. Tujuannya untuk santapan minda kerana di dalam pamplet tersebut, terdapat banyak infomasi mengenai kesan, faktor dan jenis-jenis dadah. Dari pembacaan bahan-bahan sebegini juga, kita dapat belajar sesuatu.
Bila rasa sudah tidak mampu bertahan menguasai, akan terngiang-ngiang kata-kata imam syafi'ei,
Bila rasa sudah tidak mampu bertahan menguasai, akan terngiang-ngiang kata-kata imam syafi'ei,