Wednesday, 22 October 2014

Silent killer

Selamat petang,

Hari ini ada sesuatu yang ingin dikongsikan untuk para pembaca. Perkara yang berkaitan dengan LISAN. Apa yang kita rasakan apabila dilemparkan kata-kata yang tidak benar tentang kita? Sedarkah kita bahawa lisan dan percakapan kita, mampu membunuh? Berapa ramai bayi yang tidak berdosa terpaksa dibuang, kononnya untuk menutup aib dan malu? Kerana apa mereka berbuat begitu? Kerana ANDA! Kerana mereka malu dihina, dicaci, dan dimaki oleh masyarakat. Ya, mungkin anda rasa mereka layak diperlakukan begitu kerana dosa yang telah mereka lakukan, tetapi, suci sangatkah kita untuk mengatakan kita tiada dosa? Manusia itu tidak lepas dari melakukan kesilapan, tetapi, dengan akal yang diberikan, manusia itu mampu berfikir untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tetapi, apakan daya, di sekeliling mereka merupakan manusia yang BERLAGAK SUCI. Yang hanya tahu menuding jari ke sana ke situ, tapi tidak menghulur tangan bagi membantu.


Tuesday, 21 October 2014

Bila kebosanan melanda...

Bunga dan pasu

Selamat petang semua,

Apa perancangan untuk hari ini? Kalau masih belum ada aktiviti, apa kata kita buat sesuatu yang kita suka. Macam saya, saya suka buat sesuatu yang comel. Tak kiralah dari bahan apa, guna bahan yang ada depan mata pun boleh sahaja. Tapi, kalau tak comel pun, tak apa. Asalkan dapat kepuasan menghasilkan sesuatu dari hasil kerja kita sendiri.


Bunga tulip dan riben

Bunga yang ini buat untuk beri pada kawan. Birthday girl. Hehehe. Tapi sebab kekangan masa, tak dapat nak bagi sendiri. Minta kawan untuk jadi wakil berikan pada dia. Senang nak buat, tak pakai modal pun. Apa yang penting, kasih sayang yang hadir bersama semasa membuatnya. Mudah-mudahan penerima bunga ini dapat merasakannya :)



Ros merah

Projek hari ini, bunga ros! Tarra!! Er.. Apa? Kenapa asyik bunga je? Sebab, bunga-bunga ini sahaja yang sempat minta selfie. :P

Okaylah, rasanya ini sahaja entry untuk kali ini. Kalau berminat, boleh komen. Mana tahu nanti kita boleh jumpa ramai-ramai atas dasar minat yang sama. Hehehe. 


Sunday, 5 October 2014

kONSULTASI motivasi


Selamat malam,



Perkongsian untuk malam ini ialah tentang motivasi.



Apa itu motivasi? Secara mudahnya, motivasi boleh didefinisikan sebagai penggerak bagi seseorang melakukan sesuatu sehingga berjaya.


Tidak kira siapa pun anda, guru, pelajar, ibu atau bapa. Kita perlu tahu tentang pentingnya motivasi dalam diri. Hal ini demikian kerana jika kita sedar akan kepentingannya, kita akan mencuba sedaya upaya untuk memilikinya. Beikut merupakan sebahagian dari kepentingan motivasi :


      
Penting untuk mencapai kejayaan.



Meningkatkan semangat.


Pembunuh rasa putus asa.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang cara hendak meningkatkan motivasi, strategi untuk membina motivasi dan sebagainya, klik link dibawah.

https://drive.google.com/file/d/0ByW2npQiqF72YnM2dGFtc0hwT0k/view?usp=sharing


Jom tonton video ini, pasti akan dapat meningkatkan motivasi diri anda! :)


http://www.youtube.com/watch?v=psgjh9jFyMs

Perlukan keterangan lanjut? Boleh hantarkan e-mel atau tinggalkan komen di ruangan bawah :) Terima kasih.