Jika ada yang tidak mempercayaimu,
jika ada yang meraguimu,
pancarkanlah senyuman di wajahmu,
Tidak perlu untuk kau berasa sayu dan pilu,
kerana ramai yang merindui senyumanmu,
ramai lagi yang mahu mendengarkan kata-katamu,
masih ada lagi yang tidak jemu melayanimu,
tidak pernah lelah membahagiakanmu,
mereka itu ialah ayah dan ibu,
merekalah insan penting dalam hidupmu,
jadi untuk apa kau bazirkan segala waktu,
hanya untuk orang yang tidak tentu.
(Syazwani : 2014)
Sebagai manusia, tidak dinafikan, kita acapkali alpa, leka dan lupa. Aku juga tidak terkecuali. Mungkin inilah hikmah atas jarak yang tercipta ini. Aku kerap merasa resah dan mula merindui, saat mereka di sisi. Aku bersyukur kerana jarak yang tercipta masih lagi boleh di atasi, berbanding dengan jarak yang memisahkan dunia kami. Terima kasih ya Allah, kerana memberikan aku nikmat itu. Alhamdulilah..
PESANAN : Hargailah ibu dan bapamu selagi mereka belum dijemput kembali menghadap ilahi. Jika mereka telah pergi, sedekahkanlah al-fatihah setiap kali, alunkan yassin untuk mengiringi...