Apakah yang anda fikirkan setelah melihat gambar tauge di atas?
Gambar tersebut sekadar bantuan untuk memahami sebuah analogi mengenai perkembangan manusia. Sedangkan tauge yang tidak punya perasaan pun mampu membentuk dirinya dengan lambang hati yang signifikan dengan rasa cinta, mengapa tidak kita yang digelar manusia ini?
Apa yang menyebabkan kita sebagai manusia ini gagal menjadi manusia yang terbaik?
Gagal menjadi manusia yang hebat?
Jawapannya ialah kerana kita tidak memberikan diri kita ruang bagi mencari peluang untuk menjadi orang yang hebat..
Kuncinya ialah RUANG. Di mana kita perlu memberikan ruang untuk berPELUANG berkembang dengan baik.
No comments:
Post a Comment