Wednesday, 5 November 2014

BULI


Assalamualaikum, 
Bismillahirahmanirahim... Malam ini, ada sesuatu yang ingin saya kongsikan, iaitu berkenaan kes-kes buli. Beberapa video pembulian telah tersebar. Hati ini, sangat sakit dan sedih melihat kelakuan si pembuli-pembuli di dalam video tersebut. Bagaimana, mereka sanggup melakukan manusia lebih teruk dari binatang? Sedangkan, dengan binatang pun kita ada rasa kasih, inikan pula sesama manusia. Apa yang merasuk diri mereka sehingga boleh bertindak ganas dan kejam begitu? Banyak persoalan yang bermain di benak, semuanya terasa sesak dan menyesakkan.

Video-video kes buli...
hanya 6 minit lebih jumlah durasi,
tetapi cukup mengganggu kestabilan emosi,
bukan ingin menuding jari,
tetapi,
sama-samalah kita menyemak diri,
agar punca-puncanya dapat dicari,
seterusnya diatasi..

Mata ini,
tak mampu lagi,
menjadi saksi,
kekejaman duniawi!

Tolong, saya merayu agar SEMUA pihak sama-sama peka terhadap isu ini. Sama-samalah mencari solusi. Cara terbaik, mulakan dengan diri kita. Contohnya, tanamkan nilai kasih sayang dalam diri kita. Bila kita subur dengan nilai itu, kita akan mampu menyebarkan benih-benih kasih sayang kepada sekeliling :)

Sekian, terima kasih dan selamat malam.



Saturday, 1 November 2014

MANUSIA OH MANUSIA

Bismilahirahmanirahim...
Selamat pagi semua :)

Sebelum saya mula menyampaikan pandangan dan pendapat secara terus terang, nak menyampaikan secara kias dahulu.

kita..
manusia...
yang terlalu asyik mengejar rama-rama,
inginkan banyak rama-rama,
lebih banyak dr teman-teman kita,
walau di tgn sudah pun ada,
tetap juga tamak haloba,

kita..
manusia..
walau jatuh tergolek sangup bangun semula,
bila rama-rama sudah di dpn mata,
digenggam seperti kita yg empunya,
sehingga cedera si rama-rama,
tidak dapat untuk terbang semula,
kesiannya aduhai rama-rama...

Rama-rama yang dimaksudkan ialah sesuatu yg kita inginkan. Manusia terlalu banyak yg diinginkan. Manusia sanggup melakukan apa sahaja utk mendapatkan apa yg diinginkan. Dek kerana kerakusan manusia, menjadikan keinginannya tidak lagi terpelihara. Niat tidak menghalalkan cara wahai manusia....

:)