Wednesday, 5 November 2014

BULI


Assalamualaikum, 
Bismillahirahmanirahim... Malam ini, ada sesuatu yang ingin saya kongsikan, iaitu berkenaan kes-kes buli. Beberapa video pembulian telah tersebar. Hati ini, sangat sakit dan sedih melihat kelakuan si pembuli-pembuli di dalam video tersebut. Bagaimana, mereka sanggup melakukan manusia lebih teruk dari binatang? Sedangkan, dengan binatang pun kita ada rasa kasih, inikan pula sesama manusia. Apa yang merasuk diri mereka sehingga boleh bertindak ganas dan kejam begitu? Banyak persoalan yang bermain di benak, semuanya terasa sesak dan menyesakkan.

Video-video kes buli...
hanya 6 minit lebih jumlah durasi,
tetapi cukup mengganggu kestabilan emosi,
bukan ingin menuding jari,
tetapi,
sama-samalah kita menyemak diri,
agar punca-puncanya dapat dicari,
seterusnya diatasi..

Mata ini,
tak mampu lagi,
menjadi saksi,
kekejaman duniawi!

Tolong, saya merayu agar SEMUA pihak sama-sama peka terhadap isu ini. Sama-samalah mencari solusi. Cara terbaik, mulakan dengan diri kita. Contohnya, tanamkan nilai kasih sayang dalam diri kita. Bila kita subur dengan nilai itu, kita akan mampu menyebarkan benih-benih kasih sayang kepada sekeliling :)

Sekian, terima kasih dan selamat malam.



No comments:

Post a Comment