Tuesday, 30 December 2014

TOGETHER2~

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM~


Hari ini, kami meluangkan masa bersama-sama :) Terima kasih awak2. Keluar ni, bab makan tu, tak boleh dilupa! Niat hati nak rasa ABC, tapi apakan daya, ais dah habis. Gantilah dengan menu cendol letak ais ketul. Hahahaha.. ehem, terima kasih daun keladi kepada yang belanja~ Tapi tak masuk dalam gambar, sebab jadi camerawomen je.. kikiki~

Kawan-kawan, dalam kita obses dengan kerja dan diri kita, kadang kala kita lupa, ada tanggungjawab yang tak terlaksana. Selain #tanggungjawab dengan Sang Pencipta, agama, dan lain-lain. Kita juga punyai tanggungjawab kepada sahabat kita. Mungkin dari segi harta, kita tak mampu penuhi untuk mereka, tetapi untuk masa, itu yang nampak enteng, tetapi sangat bernilai. Apa salahnya, kita duduk bersama, mendengar keluh kesah mereka, saling menyalurkan kekuatan saat semangat sangat lemah. Nampak mudah, tetapi impaknya, sangat besar. Dapat mengukuhkan ikatan, dapat memberikan kekuatan, dapat melapangkan rasa dan banyak lagi.

Insyaallah, untuk kali ini, itu sahaja coretan yang dapat dilakarkan.

Sekian, terima kasih
:)

PERSIDANGAN PSIKOLOGI MALAYSIA

Bismillahirohmannirrohim...



Alhamdulilah, semalam, 29 Disember telah selamat berlangsungnya pernikahan er eh tak tak tak.. silap pulak :P Persidangan Psikologi Malaysia. Terima kasih kepada AJK yang terlibat, iaitu sahabat-sahabat semester 5 ISMP Bimbingan dan Kaunseling. Di saat kesibukkan, kepeningan dengan minggu peperiksaan yang mendatang, kita masih lagi kuat menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab :) G.O.O.D  J.O.B !



Persidangan ini bertujuan untuk membentangkan dapatan kajian yan telah dilakukan. Alhamdulilah, penyertaan sangat-sangat menggalakkan. Hampir 100 peserta yang menyertai persidangan ini. Mereka dari beberapa universiti, iaitu #UKM #UIAM #IIUM #UNITEN #USM #KUIS dan dari #UPSI sendiri.

Pengalaman ini, pada saya sangat berguna, khasnya kepada kami sendiri. Hal ini demikian kerana kami juga perlu menjalankan kajian seperti mereka kelak. Sedikit sebanyak, kami tahu cara dan kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian mereka.


Berehat sebentar menikmati minum petang yang disediakan. Meloloskan diri dari kesibukkan.

Sekian sahaja kawan-kawan
:)