Bismillahirohmannirrohim...
Alhamdulilah, semalam, 29 Disember telah selamat berlangsungnya pernikahan er eh tak tak tak.. silap pulak :P Persidangan Psikologi Malaysia. Terima kasih kepada AJK yang terlibat, iaitu sahabat-sahabat semester 5 ISMP Bimbingan dan Kaunseling. Di saat kesibukkan, kepeningan dengan minggu peperiksaan yang mendatang, kita masih lagi kuat menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab :) G.O.O.D J.O.B !
Persidangan ini bertujuan untuk membentangkan dapatan kajian yan telah dilakukan. Alhamdulilah, penyertaan sangat-sangat menggalakkan. Hampir 100 peserta yang menyertai persidangan ini. Mereka dari beberapa universiti, iaitu #UKM #UIAM #IIUM #UNITEN #USM #KUIS dan dari #UPSI sendiri.
Pengalaman ini, pada saya sangat berguna, khasnya kepada kami sendiri. Hal ini demikian kerana kami juga perlu menjalankan kajian seperti mereka kelak. Sedikit sebanyak, kami tahu cara dan kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian mereka.
Berehat sebentar menikmati minum petang yang disediakan. Meloloskan diri dari kesibukkan.
Sekian sahaja kawan-kawan
:)
No comments:
Post a Comment