Sunday, 28 September 2014

SMK Abu Bakar, Temerloh, Pahang



 Pelajar SMK Abu Bakar, Temerloh, Pahang

Alhamdulilah. Selesai sudah program bersama adik-adik SMK Abu Bakar, Temerloh, Pahang selama 2 hari 1 malam. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kesulitan, namun Alhamdulilah, kami dapat atasi bersama-sama. Terima kasih kepada pihak SMK Abu Bakar, Temerloh, Pahang kerana memberikan kepercayaan kepada kami.

Secara jujurnya, ini adalah kali pertama melibatkan diri secara 100% untuk program bersama-sama dengan pihak sekolah. Tipu kalau gementar itu tidak terasa. Tipu kalau tidak terasa berat dengan amanah dari pihak sekolah. Tetapi, Alhamdulilah pengalaman yang diperoleh sangat berharga. Harapan kami, pihak KASIH, UPSI agar adik-adik dapat membawa ilmu-ilmu yang dipelajari sepanjang program untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan adik-adik.

Kem kom yang acah-acah garang

Ampun dan maaf dipinta jika sepanjang mengendalikan program bersama kalian, ada kesalahan yang telah dilakukan tanpa disedari. Jangan bersedih dengan perpisahan ini. Sapulah air mata yang mengalir dengan sapu tangan ukuwah yang telah berjaya dieratkan walau baru 2 hari. Semoga pertemuan kita  ini bukanlah yang terakhir. Semoga kita dapat bertemu lagi di lain hari :)

Kepada semua AJK yang menjayakan program ini sama ada secara langsung atau pun tidak, terima kasih diucapkan. Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga penat lelah kita dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah SWT.



Bersama sebahagian AJK program

Sebelum mengakhiri penulisan buat kali ini, ada satu bahagian penceritaan yang ingin dikongsi. Tetapi, biarlah gambar yang berbicara tentang rasa yang menggegar hati kami semasa bersama-sama mereka.











Wednesday, 24 September 2014

Dari sahabat kepada sahabat...

aku rindu mereka....
namun apakan daya,
suara hatiku tidak sampai ke cuping telinga mereka..
tetapi hatiku sering meronta-ronta..
sering meminta-minta,
agar aku meluahkan rasa,
yg tersimpan sekian lama..
aku tahu tidak elok untuk terus memendam rasa,
aku tahu aku ketepikan hak mereka,
tapi semakin kuat aku menafikan hak mereka,
semakin besar mereka mendapat hak mereka,
bahkan semakin liar merebut ruang dalam jiwa..
bukan sahaja menakluk hati,
mereka juga sudah semakin berani,
untuk masuk ke alam mimpi..
dan aku akui,
ada bahagia yg menari-nari di dalam hati,
walau sekadar mimpi,
dan bukan realiti...
rasa itu masih teguh di dasar hati,
yang sering menanti,
bisakah semuanya kembali,
seperti dahulu lagi....

mungkin kita akan berkumpul semula, tapi pasti kekok untuk kita bina rasa selesa seperti dahulu kala.. :'(

Tuesday, 16 September 2014

teruskan perjuangan

Perjumpaan bersama MT dan Exco #KASIH

Selamat malam semua. Semester kali ini agak banyak perkara yang perlu difikirkan dan diuruskan. Hal ini demikian kerana banyak perancangan yang perlu dilaksanakan. Maka, banyaklah masa yang perlu diberikan untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Setiap malam, ada sahaja perjumpaan untuk mengetahui perkembangan gerak kerja AJK-AJK. Itulah namanya pengalaman semasa menjadi mahasiswa. Jika mahu menjadi peneraju, perlulah ada komitmen agar boleh maju. Jadilah pemimpin yang memudahkan, bukan menyulitkan. Pasti anda akan disenangi.

NOTA: Ketua itu umpama akar tunjang, yang menjadi pasak agar dapat mengelakkan pokok itu tumbang. Jika yang mendasari sesuatu pertubuhan itu cuma akar serabut, apabila angin kencang, tidak mustahil akan rebah menyembah bumi.



selamat datang adik-adik

Hari #orientasi pelajar kaunseling September 2014


Alhamdulilah, selesai sudah program yang telah diatur dan dirancang untuk junior kaunseling. Letih? of coz letih. Tapi yang penting, semuanya berjalan lancar. Jika terdapat kekurangan semasa kami mengendalikan program ini, harap-harap dapat dimaafkan. Semoga kita dapat menaikkan lagi nama persatuan #KASIH. Kami sentiasa menyokong kalian, dan kami turut berharap kalian juga menyokong kami. Hilangkan semangat berpuak-puak yang bersarang di sanubari, kerana penyakit itu yang akan membunuh diri kita sendiri.




Tidak kira siapa pun anda. Semester 7? 5? 3? 1? Tiada beza kerana kita tetap SATU KELUARGA. Semoga tali persaudaraan ini tetap teguh dan kukuh. Sentiasa ingat bahawa kami ada untuk kalian semua. Salam sayang untuk semua <3

Monday, 15 September 2014

semampu dirimu..

Kek pulut kuning

Alhamdulilah, pada bulan Ogos 2014, kami dapat menyambut hari lahir emak. Yang ke berapa?? Biarlah rahsia.. Tak mampu nk raikan?? Tak mengapa. Tak semestinya kita perlu meraikannya secara besar-besaran. Yang sederhana juga sudah mencukupi. Kerana yang penting, bukan nilai wang ringgit yang dilayangkan untuk meraikannya, tetapi, nilai kasih sayang yang ada di dalamnya. Sekeping kad, atau sebuah ciuman serta ucapan sebenarnya sudah mencukupi. Kerana di saat mereka bertarung nyawa, mereka tidak minta segala macam benda, tetapi cukup jika anak mereka dapat melihat dunia, membesar sihat sejahtera, dan menjadi insan yang bertakwa.

Emak, Ibu, Ummi.. Apa pun gelaran kita gunakan untuk mereka, hargailah mereka..

Tiada siapa-siapa yang mampu membalas jasa seorang insan yang sudah mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan kita ke dunia ini. Sungguh besar pengorbanannya. Apabila kita meningkat dewasa, kita bertekad ingin membalas jasa mereka yang selama ini menjaga, mendidik, dan membesarkan kita. Namun, sebanyak mana kita membalas jasa mereka, tetap tidak dapat menandingi pengorbanan mereka.

Tetapi,
usah gusar duhai hati.
Selagi nyawa berbaki,
selagi itu boleh berbakti.