Monday, 15 September 2014

semampu dirimu..

Kek pulut kuning

Alhamdulilah, pada bulan Ogos 2014, kami dapat menyambut hari lahir emak. Yang ke berapa?? Biarlah rahsia.. Tak mampu nk raikan?? Tak mengapa. Tak semestinya kita perlu meraikannya secara besar-besaran. Yang sederhana juga sudah mencukupi. Kerana yang penting, bukan nilai wang ringgit yang dilayangkan untuk meraikannya, tetapi, nilai kasih sayang yang ada di dalamnya. Sekeping kad, atau sebuah ciuman serta ucapan sebenarnya sudah mencukupi. Kerana di saat mereka bertarung nyawa, mereka tidak minta segala macam benda, tetapi cukup jika anak mereka dapat melihat dunia, membesar sihat sejahtera, dan menjadi insan yang bertakwa.

Emak, Ibu, Ummi.. Apa pun gelaran kita gunakan untuk mereka, hargailah mereka..

Tiada siapa-siapa yang mampu membalas jasa seorang insan yang sudah mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan kita ke dunia ini. Sungguh besar pengorbanannya. Apabila kita meningkat dewasa, kita bertekad ingin membalas jasa mereka yang selama ini menjaga, mendidik, dan membesarkan kita. Namun, sebanyak mana kita membalas jasa mereka, tetap tidak dapat menandingi pengorbanan mereka.

Tetapi,
usah gusar duhai hati.
Selagi nyawa berbaki,
selagi itu boleh berbakti.

No comments:

Post a Comment