Pelajar SMK Abu Bakar, Temerloh, Pahang
Alhamdulilah. Selesai sudah program bersama adik-adik SMK Abu Bakar, Temerloh, Pahang selama 2 hari 1 malam. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kesulitan, namun Alhamdulilah, kami dapat atasi bersama-sama. Terima kasih kepada pihak SMK Abu Bakar, Temerloh, Pahang kerana memberikan kepercayaan kepada kami.
Secara jujurnya, ini adalah kali pertama melibatkan diri secara 100% untuk program bersama-sama dengan pihak sekolah. Tipu kalau gementar itu tidak terasa. Tipu kalau tidak terasa berat dengan amanah dari pihak sekolah. Tetapi, Alhamdulilah pengalaman yang diperoleh sangat berharga. Harapan kami, pihak KASIH, UPSI agar adik-adik dapat membawa ilmu-ilmu yang dipelajari sepanjang program untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan adik-adik.
Kem kom yang acah-acah garang
Ampun dan maaf dipinta jika sepanjang mengendalikan program bersama kalian, ada kesalahan yang telah dilakukan tanpa disedari. Jangan bersedih dengan perpisahan ini. Sapulah air mata yang mengalir dengan sapu tangan ukuwah yang telah berjaya dieratkan walau baru 2 hari. Semoga pertemuan kita ini bukanlah yang terakhir. Semoga kita dapat bertemu lagi di lain hari :)
Kepada semua AJK yang menjayakan program ini sama ada secara langsung atau pun tidak, terima kasih diucapkan. Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga penat lelah kita dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Bersama sebahagian AJK program
Sebelum mengakhiri penulisan buat kali ini, ada satu bahagian penceritaan yang ingin dikongsi. Tetapi, biarlah gambar yang berbicara tentang rasa yang menggegar hati kami semasa bersama-sama mereka.
No comments:
Post a Comment