Sunday, 18 January 2015

ENGLISH 4

Bismillahirahmannirrahim,

Saat sedang asyik menikmati cuti ini, tiba-tiba teringat kelas English 4. Geli hati kalau teringat gelagat rakan-rakan kelas. Tetapi apa yang sangat bagusnya, mereka tidak malu untuk bercakap di khalayak ramai meskipun apa yang diperkatakan itu dari segi tatabahasanya tidak tepat. Itu, memang saya tabik!

Kalau tak berani buat, mana kita tahu tahap kita paras mana, dan macam mana kita tahu mana lemahnya kita? Jika tak tahu, macam mana nak perbaiki diri kita? Tak gitu ke Kiah?


 Hm.. Tadi terbaca UPSI Confessions, ada pelajar yang bertanya tentang tarikh keputusan. Er. Tiba-tiba terasa kosong otak ni. Rasa terenjat seketika seluruh badan. Desir angin terasa menggigit hingga ke tulang, mendesingkan telinga dan... Okay, tak payah dramatik sangat la wani! --' cakap kau cuak je, kan senang!

Okay, betul! huarrrrghh!!! :'(


Teringat masa paper BI4. Hari Sabtu. Last paper!!!! Keterujaan untuk pulang telah membuatkan sel-sel otak tidak dapat berhubung dengan baik. Oh, tidak! :'( Apa la nak jadi. Mati la nakkkk... Tu trademark orang lain. Saje nak mengucing~ hahahahaha..

Apa pun, benda dah jadi. Nak menangis air mata darah sekali pun, tak dapat ubah jawapan, walaupun sekadar hitamkan ABCD dekat kertas OMR.

Doalah yang terbaik..

SMA BANDAR TENGGARA, JOHOR


Selamat datang diucapkan kepada adik-adik dari SMA BANDAR TENGGARA, #JOHOR

Alhamdulilah, segalanya telah berjalan dengan lancar. Walaupun pada awalnya terdapat begitu banyak aral untuk melaksanakan program pada kali ini, namun semuanya dapat dilaksanakan dengan baik.


Tujuan program pada kali ini ialah untuk mengenalpasti kecenderungan minat dan personaliti para pelajar. Oleh itu, kami telah memberikan beberapa jenis inventori. Antaranya ialah inventori warna, INPS, dan IMKS.



Terima kasih kepada barisan-barisan AJK yang terlibat. Komitmen kalian sangat baik. Tanpa kalian, program ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
TERIMA KASIH kawan-kawan.



Tidak lupa juga kepada En. Zul yang turut membantu kami. Beliau merupakan penasihat Persatuan KASIH, UPSI. Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan.



Oh, ya. Terima kasih juga kepada Ustaz Hafiz kerana memberikan peluang kepada kami dan mempercayai kami untuk menjalankan program untuk para pelajarnya. Kalau hendak tahu, beliau merupakan senior kami, bekas pelajar UPSI, Bimbingan dan Kaunseling juga. Yang mana? Yang tengah berucap tu la. Kecik comel je orangnya. Hihihi.


Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang memberikan cenderahati kepada kami sebagai kenang-kenangan.


Sekian sahaja untuk program kali ini. Semoga apa yang telah kami berikan dapat mendatangkan manfaat kepada adik-adik sekalian.



Jika ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.
:)

InsyaALLAH.


Thursday, 8 January 2015

semester 5

Bismillahhirahmannirrahim...

Alhamdulilah, syukur kerana Allah telah dan masih lagi tetap terus memberikan keizinan kepada kami merasai nikmat ukwah di antara kami.


Dan, Alhamdulilah juga kerana kami berjaya mengharungi semester 5 ini dengan baik. Tahniah kepada semua, dan juga kepada diri sendiri. Walaupun banyak cabaran, halangan, dan rintangan yang mendatang, dengan bantuan Allah, kita masih mampu untuk melepasinya dengan baik. 


Er.. Abaikan aksi-aksi manja di antara hero-hero kelas kami ini. Walau dicover sepenuh jiwa, kadang-kala, secara unconsciously, iaitu tidak sedar,  bak kata pelajar kaunseling, akan terdedah juga~ 



Hahahaha.. terimbas kembali semasa gambar ini diambil, macam-macam aksi dan telatah dapat dilihat. Baju dah cantik dah. Sopan. Ayu. Tapi, bila ada yang dah letak telefon kat monopod, nk berselfie hilang semua keayuan. Dari meja, kerusi, semua dipanjatnya. Hehehe. 


Kalau tadi sesi bersettingkan kelas sebagai tempat mengambil gambar, kali ini, setting tempat telah bertukar ke hadapan pintu kelas :P



Ops, masih belum cukup, ada lagi sesi bergambar yang lain. Tarra!! Sesi fotografi yang pada mulanya hanya di dalam kelas dan di depan pintu, dah melarat sehingga ke laluan awam.


Dan.... ada lagi! Sehingga ke tempat-tempat lain. Hehehehe. Niat di hati nak buat bentuk huruf C dan R, stand for Cr, kaunselor. Er ada siapa-siapa yang tak sampai ke dengan apa yang kami cuba sampaikan? Huhuhu.

Akhir kata, semoga berjaya mendapat keputusan yang terbaik, semoga bertemu kembali pada semester depan, jaga diri jaga hati :)

<3 sayang kalian!