Thursday, 8 January 2015

semester 5

Bismillahhirahmannirrahim...

Alhamdulilah, syukur kerana Allah telah dan masih lagi tetap terus memberikan keizinan kepada kami merasai nikmat ukwah di antara kami.


Dan, Alhamdulilah juga kerana kami berjaya mengharungi semester 5 ini dengan baik. Tahniah kepada semua, dan juga kepada diri sendiri. Walaupun banyak cabaran, halangan, dan rintangan yang mendatang, dengan bantuan Allah, kita masih mampu untuk melepasinya dengan baik. 


Er.. Abaikan aksi-aksi manja di antara hero-hero kelas kami ini. Walau dicover sepenuh jiwa, kadang-kala, secara unconsciously, iaitu tidak sedar,  bak kata pelajar kaunseling, akan terdedah juga~ 



Hahahaha.. terimbas kembali semasa gambar ini diambil, macam-macam aksi dan telatah dapat dilihat. Baju dah cantik dah. Sopan. Ayu. Tapi, bila ada yang dah letak telefon kat monopod, nk berselfie hilang semua keayuan. Dari meja, kerusi, semua dipanjatnya. Hehehe. 


Kalau tadi sesi bersettingkan kelas sebagai tempat mengambil gambar, kali ini, setting tempat telah bertukar ke hadapan pintu kelas :P



Ops, masih belum cukup, ada lagi sesi bergambar yang lain. Tarra!! Sesi fotografi yang pada mulanya hanya di dalam kelas dan di depan pintu, dah melarat sehingga ke laluan awam.


Dan.... ada lagi! Sehingga ke tempat-tempat lain. Hehehehe. Niat di hati nak buat bentuk huruf C dan R, stand for Cr, kaunselor. Er ada siapa-siapa yang tak sampai ke dengan apa yang kami cuba sampaikan? Huhuhu.

Akhir kata, semoga berjaya mendapat keputusan yang terbaik, semoga bertemu kembali pada semester depan, jaga diri jaga hati :)

<3 sayang kalian!

No comments:

Post a Comment