Sunday, 18 January 2015

SMA BANDAR TENGGARA, JOHOR


Selamat datang diucapkan kepada adik-adik dari SMA BANDAR TENGGARA, #JOHOR

Alhamdulilah, segalanya telah berjalan dengan lancar. Walaupun pada awalnya terdapat begitu banyak aral untuk melaksanakan program pada kali ini, namun semuanya dapat dilaksanakan dengan baik.


Tujuan program pada kali ini ialah untuk mengenalpasti kecenderungan minat dan personaliti para pelajar. Oleh itu, kami telah memberikan beberapa jenis inventori. Antaranya ialah inventori warna, INPS, dan IMKS.



Terima kasih kepada barisan-barisan AJK yang terlibat. Komitmen kalian sangat baik. Tanpa kalian, program ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
TERIMA KASIH kawan-kawan.



Tidak lupa juga kepada En. Zul yang turut membantu kami. Beliau merupakan penasihat Persatuan KASIH, UPSI. Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan.



Oh, ya. Terima kasih juga kepada Ustaz Hafiz kerana memberikan peluang kepada kami dan mempercayai kami untuk menjalankan program untuk para pelajarnya. Kalau hendak tahu, beliau merupakan senior kami, bekas pelajar UPSI, Bimbingan dan Kaunseling juga. Yang mana? Yang tengah berucap tu la. Kecik comel je orangnya. Hihihi.


Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang memberikan cenderahati kepada kami sebagai kenang-kenangan.


Sekian sahaja untuk program kali ini. Semoga apa yang telah kami berikan dapat mendatangkan manfaat kepada adik-adik sekalian.



Jika ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.
:)

InsyaALLAH.


No comments:

Post a Comment