Tatkala malam tiba, bisikkan padanya, jika hujan tidak mahu turun lagi, ke mana ingin sang pelangi bertandang?
Pelangi...
Ciptaan yang indah, sungguh indah! Kehadirannya mampu menguntum senyuman di bibir orang yang melihatnya. That is the reason, why im going to be just like a rainbow. Berharap agar hadirku tidak lain tidak bukan, dapat menggembirakan hati-hati yang duka. Ya, aku berjaya mencapainya. Apabila mereka kembali ceria, aku turut tumpang gembira. Dan, bila waktu itu tiba..bermakna..waktu aku juga sudah tiba.. Waktu untuk aku melangkah pergi dari hidup mereka..kerana mereka tidak lagi memerlukan kehadiranku. Tatkala itu, mulalah bermonolog dengan hati dan diri sendiri,
"Tidak mengapa, ramai lagi yang masih memerlukanmu"
"Mereka rugi kerana tidak tahu menilai dirimu"
Ya, kata-kata itu sekadar ingin menyedapkan hati sahaja. Aku tidak mahu, hanya dek kerana mereka, hatiku tersiksa. Aku tidak mahu. Aku tahu, aku bukan wanita yang mempunyai kekuatan luar biasa. Aku hanya insan biasa. Yang terkadang apabila tersandung batu, aku akan jatuh, rebah dan tersungkur. Walaubagaimanapun, aku PERLU bangkit, tidak kira sesukar mana.
#bestrongmydear