Monday, 13 January 2014

pesanan kepada kaum ibu dan bapa..


Kuasa..
Bukan luaskan kuasamu..
Gaya kita dalam mendidik anak-anak akan mempengaruhi personaliti mereka. Bayangkan, seorang anak kecil, tidak mampu melawan kuasa autoriti ibu dan bapanya. Apa yang mampu mereka lakukan ialah hanya menurut perintah. Apabila mereka mempunyai sesuatu yang tidak dipuashatikan, mereka hanya mampu menekan perasaan tersebut ke alam tidak sedar. Walaupun mereka akan lupa tentang perkara tersebut, namun tanpa sedar, tingkah laku mereka akan dipengaruhi oleh perkara tersebut.

Pujian
Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang menyenangkan hati anda, sesuatu yang baik, ataupun sesuatu perubahan yang positif pada diri mereka, ringankanlah mulut yang berisi emas itu dengan memberikan pujian kepada mereka. Hal ini demikian kerana cara ini merupakan salah satu cara peneguhan positif untuk mereka. Cara ini amat baik kerana ia dapat membuatkan anak-anak terus mengekalkan kelakuan tersebut.

Air muka
Jika anak anda merupakan pelajar yang cemerlang, tidak salah untuk anda berbangga dengan anak-anak anda. Namun, jangan terlalu membangga diri. Tidak perlu mencanang tentang kemampuan mereka. Begitu juga sekiranya anak anda kurang cemerlang. Jangan menghina, dan merendah-rendahkan atau membanding-bandingkan mereka dengan orang lain yang jauh lebih berjaya. Lebih baik jika anda duduk dan luahkan dari hati ke hati dengan anak anda. Suntikkan kata-kata semangat dan harapan kepada anak-anak anda agar mereka lebih bersemangat untukmtuk menggapai kejayaan yang lebih cemerlang.

No comments:

Post a Comment