Petang ini, tiada apa-apa aktiviti yang hendak dilakukan. Sekadar menghabiskan masa dengan menonton cerita Korea. Bukan peminat yang fanatik, sekadar ingin mengalihkan perasaan yang sedang dialami. Sedikit lega setelah menitiskan air mata. Walaupun sebelum ini, pernah menonton cerita yang sama, namun kali ini menonton dengan ekspresi yang berbeza. Sesaat, hanyut dek kerana indahnya cerita yang disusun oleh pengkarya cerita tersebut. BIP!! Berderai fokus menonton cerita tersebut gara-gara bunyi bip yang menandakan ada mesej yang diterima. Setelah tersedar, kembali kepada realiti sebenar. YA!! Walaupun hidup kita tidak seindah seperti yang direncanakan oleh pengkarya filem, bukan bermakna hidup kita akan selamanya begitu. Hidup ini indah, jika kita pandai menghalakannya kepada pilihan yang betul. Pilihan di tangan kita. Jadi, tiada halangan untuk kita tidak bahagia! SYUKURI hidup ini, pasti kita akan BAHAGIA walaupun hidup TIDAK KAYA..
No comments:
Post a Comment