Kalumpang, Perak
Minggu-minggu peperiksaan seperti sekarang ini, pastinya tekanan datang tanpa diundang. Jadi, salah satu caranya ialah keluar bersiar-siar melihat keindahan alam. Pepohon yang hijau, hamparan langit membiru, semilir bayu, air yang deras berlalu. Pastinya akan menggamit ketenangan buat dirimmu. Ya, itu yang saya rasakan ketika berada di Kalumpang, Perak. Walaubagaimanapun, saya agak terkilan kerana tempat yang indah ini kurang pemuliharaan dan pemeliharaannya. Tetapi, masih sesuai untuk dijadikan destinasi untuk menenangkan diri. Arusnya deras, batu-batuannya licin. Oleh itu, kepada ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mereka ke sini, pastikan anda mengawasi mereka dengan ketat. Semasa duduk di atas batu, sambil kaki ditolak dek arus air, sedikit sebanyak dapat menyejukkan diri secara luaran dan dalaman. Arus yang deras akan menenggelamkan suara, maka bolehlah jerit untuk melegakan tekanan yang ada.
Note: semasa berjalan di atas jambatan gantung itu, terasa seperti orang mabuk yang mencari jalan pulang ke rumah..
No comments:
Post a Comment