Tuesday, 7 January 2014

Khilaf...


Jangan menyalahkan mana-mana pihak, jika kita kecewa. Sebaliknya, lihatlah diri kita semula. Adakah apa yang kita inginkan sesuai dan selayaknya untuk kita kecapi? Kadang kala, kita cenderung untuk meletakkan sesuatu pengharapan yang terlalu tinggi. Apabila kita tidak dapat seperti yang diharapkan, saat itulah kita akan mengalami konflik yang sangat teruk dengan diri kita. Oleh itu, jika kita tidak mahu untuk mengalami bebanan konflik yang tidak tertanggung, UBAHLAH cara PEMIKIRAN kita. Penciptaan setiap manusia itu berbeza-beza, tidak sama. Kita tidak mampu untuk mengubah persekitaran kita, tetapi kita mampu untuk mengubah diri kita sendiri.

Allah ada berfirman,
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah nasib mereka
sendiri"
                                                                                                             (Ar-Ra'd :11)

Sedar atau pun tidak, sebenarnya tingkahlaku dan perasaan kita juga akan dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan. Contoh mudah, apabila kita mempunyai mind set (pemikiran) yang mengatakan bahawa matematik itu sukar, maka kita akan menjadi malas (tingkahlaku) untuk belajar matematik, kerana alasannya kita tidak suka dan tidak minat (perasaan).

Oleh itu, marilah kita ubah pemikiran kita.

                                                                                             
psssst... Cara ini boleh guna untuk merasa bahagia dengan hidup kita. Kalau bahagia, gembira, nanti AWET MUDA!!

No comments:

Post a Comment